Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget Atas Posting

[ RASMI ] BANTUAN E-TUNAI BERNILAI RM100 | PEMBERIAN PERCUMA GOLONGAN B40 DAN M40


E-Tunai : Bantuan Bernilai RM100 akan diberikan bagi kategori dewasa secara percuma pada suku keempat tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini akan dilaksanakan sama seperti bantuan edompet sebelum ini iaitu eBelia Rahmah.

E-TUNAI : BANTUAN BERNILAI RM100

Baru-baru ini pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan satu lagi inisiatif yang diberikan kepada rakyat. Pemberian bantuan e-tunai RM100 secara one-off akan ditawarkan kepada kategori dewasa berumur 21 tahun ke atas.

Apa yang menarik adalah pada tahun lalu bantuan seperti ini hanya diberikan kepada pelajar dan belia. Namun atas keprihatinan kerajaan perpaduan, insentif khas ini juga bakal diagihkan kepada golongan dewasa.

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi bantuan e-tunai ini telah dimaklumkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan Dewasa
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN E-TUNAI RM100

Pihak kerajaan telah memaklumkan secara ringkas bahawa bantuan istimewa ini akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2023. Kredit e-tunai ini boleh ditebus diantara bulan Oktober, November atau Disember secara percuma.

Untuk makluman, bantuan ini boleh ditebus menggunakan aplikasi e-dompet yang terlibat seperti Touch N Go ewallet, Boost dan Setel. Kepada mereka yang berkelayakan jangan khuatir, segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin.



LENGKAPKAN BORANG A / PERMOHONAN DISINI

LENGKAPKAN BORANG B / PERMOHONAN DISINI



close